Tuesday 27 January 2015

Misi Bantuan Banjir dan Pasca Banjir

Banjir besar terutama di Kelantan, Terengganu , Pahang, serta negeri lain seperti Perak dan Perlis menuntut pengorbanan yang begitu besar terutama di kalangan mangsa yang terlibat, Takziah dari Rentas 4x4, namun geng rentas tidak duduk diam sahaja, dan beberapa misi menghantar bantuan barang keperluan seperti makanan, selimut, air mineral, pakaian dan sebagainya telah diatur bersama agensi lain seperti JPAM dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia selain daripada NGO lain  tak kurang juga yang bergerak secara individu atau kumpulan kecil.

Mereka membantu secara sukarela. TAHNIAH dan TERIMA KASIH kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.



















Monday 19 January 2015

UNIT SAR

Atas Saranan 9M2TJO, YBM Tunku Abdul Jalil Ibni Almarhum Tunku Osman, satu pasukan SAR ( Search & Rescue - Darat & Laut ), yang menglibatkan kenderaan 4x4 dan Jetski, akan di wujudkan. Mohon sukarelawan yang berminat, sila hubungi Whatapps 016 716 6515. Unit ini adalah sebahagian daripada Program SAR Bantuan Bencana, khususnya di Negeri Johor. Penyertaan amatlah di hargai.